2 December 2012

SERONOKNYA CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum.


Apa khabar semua? Semoga semua berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Apa kata hari ini kita sembang santai. Asyik belajar pun jemu juga kan. Tambahan sekarang ini merupakan musim cuti sekolah, pasti ada perancangan yang telah diatur bagi mengisi masa cuti sekolah. Maklumlah setelah sepanjang tahun kita ke sekolah, maka inilah masanya yang sesuai untuk kita merehatkan minda dengan melakukan aktiviti santai yang berfaedah. 

Selalunya ibu bapa akan membawa anak-anak bercuti dengan melancong ke tempat-tempat yang menarik, zoo atau tempat-tempat bersejarah yang terdapat di dalam mahupun luar negara. Aktiviti melancong ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Di sini cikgu Yani ingin berkongsi dengan semua antara tempat-tempat menarik yang harus dilawati ketika cuti sekolah. Sekiranya berkesempatan pergilah melancong ke Thailand, seronoknya bila dapat melawat tempat-tempat yang menarik yang terdapat di sini. Bagi yang belum biasa, cikgu Yani nasihatkan agar mendapatkan syarikat pelancongan untuk segala urusan. Ini memastikan agar percutian kita berjalan lancar. Disebabkan negara ini majoritinya adalah bukan Islam jadi, urusan berkaitan makanan, solat dan sebagainya dapat diurus dengan baik oleh syarikat pelancongan. Diharap semua pembaca dapat memanfaatkan info yang diberikan.

KRABI ISLAND
Krabi Island merupakan pulau yang indah dan agak terkenal di Thailand. Untuk sampai ke sini, kami perlu menyewa sebuah bot laju. Tak ada jeti pulak tu.. Terpaksa redah dalam air untuk naik dan turun ke pulau ini. Apa pun syok jugak pengalaman baru guna tali untuk panjat bot sebab air dah pasang…
CHICKEN ISLAND
Menyelusuri laut, melalui Chicken Island.. nampak tak kepala ayam tu…perjalanan untuk memberi ikan makan dan aktiviti snorkling.

AKTIVITI MEMBERI IKAN MAKAN & SNORKLING

Syoknya, dapat tengok ikan dalam air laut manakala orang kat dalam air tu pula dah nak jadi macam ikan…berenang dan melakukan pelbagai aksi sambil snorkling. Jernih airnya tanpa pencemaran.

TUP ISLAND

Lihatlah betapa indahnya alam ciptaan Allah, pasir memutih di tengah-tengah lautan. Kami sempat singgah di sini sebelum air pasang. Apabila air pasang ia akan menenggelamkan Tup Island ini. Dapatlah bersama keluarga bermain air di sini. Ombak pun tak kuat jadi, tak la risau sangat nak main tu…Ok la. Setakat ini dulu untuk kali ini. Lain kali kita kongsi cerita lain pula. Semoga pembaca sekalian mendapat serba sedikit ilham dengan paparan ini. Sementara cuti sekolah ini eloklah pergi melancong bersama keluarga.

4 comments:

Hayati Hamdi said...

Seronoknya pergi bercuti bersama keluarga.

Ronita Binti Ahmad said...

Syoknya..... cuti-cuti di luar negara. Cantiknya pemandangan ciptaan Allah. Subhanallah!

SIBYANI BINTI MARZUKI said...

Alhamdulillah..Terima kasih.

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.