RPH



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PELAJARAN 25

Tarikh/ Hari:     Rabu 17.10.2012                    
Masa  :             11.15 – 11.45                                       
Kelas      :         5 Seroja                                          
Bil. Pelajar :     37 orang                                                                     
M/ Pel          :    Pendidikan Islam                              
Tajuk      :         Adab Bermain         

Objektif :        Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
1.    Menyebut 3 bahagian adab bermain.
2.    Menyatakan 4 adab sebelum, semasa dan selepas bermain
3.   Mengklasifikasikan adab sebelum, semasa dan selepas bermain.

Pengetahuan Sedia Ada : 
1.    Murid telah biasa bermain.
2.    Murid dapat menamakan beberapa jenis permainan.
3.    Murid mengetahui alatan keperluan untuk sesuatu permainan

Kaedah :
1.    Perbincangan
2.    Sumbangsaran

Bahan :   
1.    Cerita Kartun “Upin dan Ipin”
2.    Slaid Power Point
3.    Lembaran kerja


Nilai :      
1.    Bekerjasama dalam setiap tugasan yang diberi.
2.    Berhemah tinggi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
             

Kemahiran :
1.    Mengklasifikasikan adab sebelum, semasa dan selepas bermain.
2.    Membanding beza antara orang beradab dengan orang yang tidak beradab.
                 
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Kartun Upin dan Ipin


1. Guru menayangkan video kartun Upin dan Ipin.

2.Guru menyoal murid berdasarkan video yang ditayangkan.

3.Guru mengaitkan cerita tersebut dengan tajuk pelajaran

1.  Murid menonton sambil menghayati jalan cerita kartun tersebut.

2.  Murid memberi respon terhadap soalan yang diberikan oleh guru.

3.Murid seronok untuk menjawab kerana mempunyai pengetahuan sedia ada

Teknik:
Penyoalan secara kelas dan individu tentang cerita kartun tersebut
Contoh:
1.  Apakah yang dapat ditonton di dalam video itu tadi?


Perkembangan

(20 minit)




Menyebut 3 bahagian adab bermain.

Menyatakan 4 adab sebelum, semasa dan selepas bermain.

Mengklasifikasi adab sebelum, semasa dan selepas bermain.

1.  Guru menunjukkan slaid.
2.  Guru meminta murid murid menjawab secara individu mengenai slaid yang dipapar.
3.Guru meminta murid membuat kumpulan.

4.  Guru meminta murid berbincang tentang tugasan yang diberi.

5.Guru menyemak jawapan yang dipamerkan dan memberi ulasan.



1.  Murid membaca petikan secara kelas.
2.  Murid-murid dapat menjawab dengan baik soalan yang diberi.

3.  Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan.

4.  Murid berbincang dalam kumpulan.


5.  Murid mempamerkan jawapan mereka kepada guru


Strategi / Teknik:
Banding beza sikap beradab dan tidak beradab ketika bermain
Nilai murni:
Kerjasama dalam kumpulan sewaktu perbincangan.

Penutup
(5 minit)


Peranan setiap murid apabila  menjaga adab ketika bermain mewujudkan suasana permainan yang baik.
patuh peraturan.
Kerjasama 
Sikap tolak ansur.

1.Merumuskan isi pelajaran 2.Mengingatkan murid supaya mengamalkan adab ketika bermain .

1.  Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
2.Murid mengetahui kebaikan mengamalkan adab sebelum, semasa dan selepas bermain.



Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas.



1 comment:

Hayati Hamdi said...

Satu rancangan P&P yang menarik.Teruskan usaha mendidik permata hati kita