Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Untuk kali ini Cikgu Yani akan berkongsi mengenai batas aurat di kalangan ahli keluarga. Biasanya di dalam sesebuah keluarga kita akan diziarahi oleh ipar, biras, dan saudara mara yang lain. Kadangkala kita alpa batasan aurat kita antara mereka semua. Semoga dengan perkongsian ini ia dapat memberi manfaat kepada kita pembaca sekalian.
Peringkat aurat seorang perempuan.
- Aurat perempuan terhadap lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh anggota badan
- Aurat perempuan terhadap lelaki mahram adalah di antara pusat dan lutut
- Aurat perempuan terhadap sesama perempuan adalah di antara pusat dan lutut
- Aurat perempuan terhadap perempuan kafir seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tangan (pergelangan)
- Aurat perempuan bekerja dengan orang kafir (tidak bercampur lelaki dengan perempuan) adalah bahagian yang tidak terlibat dengan kerja. Contohnya, tangan digunakan sepenuhnya dalam kerja itu haruslah dibuka.
- Aurat di antara suami dengan isteri tidak ada, ertinya mereka bebas melihat anggota masing-masing cuma makruh melihat kemaluan.
Mengenai ipar dan biras termasuk juga sepupu adalah dikira ajnabi (orang asing/bukan mahram). Dengan demikian, aurat ketika berhadapan dengan mereka adalah seluruh anggota badan, cuma kalau tidak menimbulkan fitnah bolehlah dibuka bahagian muka dan tangan. Menimbulkan fitnah bererti tidak membangkit nafsu ipar terhadap perempuan itu. Walau bagaimanapun, mereka tidak bebas berbual melainkan jika suami ada bersama.
17 comments:
Tahniah kerana akhirnya Yani berjaya membina blog yang cantik dan banyak memberi manfaat ini.....
Terima kasih.
Assalamualaikum cikgu, saya kurang faham no (2) dan (3)...boleh terangkan....
Waalaikumussalam.Terima kasih kerana sudi melawat blog cikgu..
Untuk menjawab kemusykilan anda ingin cikgu jelaskan bahawa,pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Demikianlah juga halnya dengan dengan sesama wanita. Pensyariatannya mempunyai byk hikmah.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup aurat/ tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki.
Assalamualaikum..cikgu kalu mcm bapa saudara sbelah ibu kne tutup aurat ke?
Assalamualaikum .. bolehkah saya membuka aurat dihadapan adik beradik saya??
Bagaimana aurat dgn adik beradik kandung dan ibu bapa kandung
Bagaimana aurat dgn adik beradik kandung dan ibu bapa kandung
Assalamualaikum cikgu...saya berminat nak share ilmu ini.
Kalau bapa saudara kandung (adik-beradik ibu atau bapa), aurat seorang perempuan dari pusat hingga lutut. Aurat sesama keluarga pun dari pusat hingga lutut. Wallahua'lam.
kalau situasi kakak yg selalu berkemban dgn memakai tuala paras paha di depan adik lelaki yg sudah baligh
kalau situasi kakak yg selalu berkemban dgn memakai tuala paras paha di depan adik lelaki yg sudah baligh
dada tu bukan aurat dlm ahli keluarga Dan aurat dlm kelurga pusat hingga lutut sahaja Tak kira lah laki ke perempuan aurat dia sama Salam Salam keluarga yg mahram
aurat dalam keluarga pusat hingga lutut sahaja tk Kira perempuan ke laki sama dada bukan aurat bagi yg mahram
Aurat dengan keluarga iaitu pusat hingga lutut perlu labuh seperti Di luar rumah ?
Assalammualaikum , nak tnya , adakah sepupu 2 kali belah mama perempuan itu ajnabi ? Nenek kami adik beradik. Ibu bapa kami saudara sekalian. Terima kasih .
Saudara sekali*
Post a Comment