29 November 2012

Perbezaan Antara Iman, Islam, Kafir, Murtad dan Munafik

Iman: Kepercayaan yang terbitnya dari hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh baginda adalah benar datangnya dari Allah SWT. Maka ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakkan pengenalan iman. Maka orang lelaki yang beriman disebut mukmin, sementara orang perempuan yang beriman disebut mukminat.

 

Islam : tunduk dan patuh menurut segala yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. Orang yang sebegini disebut muslim bagi lelaki dan muslimah bagi perempuan. Iman dan Islam tidaklah boleh diceraikan untuk mendapatkan kelepasan azab di hari akhirat kelak.

 

Kafir : orang yang mengingkari kebenaran agama Islam tidak mengetahui ketuhanan Allah Yang Maha Esa dan tidak mengetahui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Orang kafir ini boleh memeluk Islam apabila ia merasa yakin akan ketuhanan Allah dan kebenaran Rasulullah SAW dengan hanya mengucapkan dua kalimah syahadat.

 

Murtad : murtad secara umumnya boleh ditakrifkan iaitu seseorang Islam yang telah terkeluar dari agama Islam baik secara langsung atau tidak. Sama ada ia kembali kepada agama asalnya atau menganut agama lain ataupun tidak menganut mana-mana agama. Orang yang murtad maka segala pahala amalannya akan gugur dan diberi pembalasan dengan dimasukkan ke dalam api neraka buat selama-lamanya. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah 217 yang bermaksud:

“ Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya(yakni dari agama Islam) kemudian ia mati di dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.”

 

Munafik : orang yang menurut zahirnya agama Islam tetapi hatinya, jiwanya tidak beriman. Atau boleh dikatakan munafik orang yang berpura-pura beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkan. Orang yang munafik atau berpura-pura ini telah dijanjikan oleh Allah SWT akan dimasukkan ke dalam api neraka jahanam sebagaimana Firman-Nya yang bermaksud:

“Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.”

Surah At-Taubah, Ayat 68

 

“Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat bawah sekali dari (di dalam) neraka dan sekali-sekali meraka tidak diberi pertolongan”

Surah An-Nisak, Ayat 145

No comments: