Assalamualaikum.
Apa
khabar semua, Cikgu Yani harap semoga anda semua sihat dan terus membaca,
mengamalkan segala ilmu, panduan dan tunjuk ajar yang diberikan di dalam blog
ini. Terima kasih atas segala komen dan cadangan yang diberikan.
Hari
ini cikgu Yani ada sebuah cerita untuk renungan dan iktibar kita bersama.
Ceritanya begini….
Pada
zaman dahulu, ada seorang nelayan yang sangat miskin. Setiap hari nelayan ini
turun ke laut untuk mencari rezeki. Suatu hari nelayan ini hanya mendapat
seekor sahaja ikan besar hasil seharian berada di laut. Namun nelayan ini tetap
bersyukur kepada Allah yang mengurniakan rezeki kepadanya. Walaupun ikan
tersebut tidak dapat dijual di pasar tetapi ikan itu akan dijadikan hidangan
keluarganya hari ini.
Dengan
tidak disangka-sangka, sebaik sahaja tiba nelayan ini di pantai, datang seorang
pencuri merampas ikan tersebut. Nelayan miskin ini merayu agar ikannya
dipulangkan semula, tetapi tidak diendahkan oleh pencuri yang mengambil ikannya
itu. Akhirnya, dengan sepenuh hati dia berdoa kepada Allah: “Ya Allah,
rasakanlah sesuatu yang dapat memberi pengajaran kepada dia. Mudah-mudahan dia
insaf dan orang lain juga dapat mengambil iktibar”.
Di
rumah, si pencuri ini masih berkira-kira apakah jenis masakan yang sesuai untuk
ikan rampasannya itu. Akhirnya pencuri itu membuat keputusan untuk memanggang
ikan tersebut. Setelah dipanggang makanlah pencuri itu dengan lahap sekali.
Ketika dia mencubit ikan yang baru dimasak itu, tangannya tercucuk tulang halus
yang terlindung di sebalik isi ikan. Sedikit demi sedikit tangannya mula berasa
sakit. Sakitnya pula melarat dari hari ke hari hingga terbentuk luka yang
semakin parah bekas tusukan tulang ikan yang dicurinya itu.
Walaupun
pelbagai usaha dilakukan untuk merawat dan mengubatinya, ia tidak juga
mendatangkan apa-apa hasil. Bahkan menurut tabib yang merawatnya, bahagian
tangannya itu terpaksa dipotong.
Hidup
si pencuri malang itu sudah tidak tenteram lagi. Hatinya sentiasa sedih dan
cemas. Dia tidak boleh tidur nyenyak lagi kerana kesakitan dan memikirkan nasib
dirinya.
Dengan
takdir Allah SWT, suatu malam di dalam tidurnya dia bermimpi seakan-akan
terdengar suara nelayan miskin yang pernah dianiayanya dahulu. Nelayan itu
minta dipulangkan semula ikan yang dicurinya. Keesokan harinya si pencuri itu
terus mencari nelayan miskin tersebut. Dia mahu meminta maaf dan minta
dihalalkan ikan yang dirampasnya dahulu. Kini ikan itu sudah menjadi darah
dagingnya. Selagi ia tidak dihalalkan, seluruh tubuhnya turut menanggung sakit
kesan ikan yang dimakannya.
Dia
benar-benar insaf. Penyakit ganjil yang ditanggungnya sekian lama itu berpunca
daripada perbuatan jahatnya sendiri. Dia telah menerima pembalasannya. Oleh
sebab itu, cikgu Yani harap kita dapat mengambil pengajaran daripada cerita
ini. Sekian dahulu untuk kali ini..
1 comment:
Slot Machine Games - JeRhub
Slots.lv Casino and Games · 남원 출장안마 Video Slots.lv · Casino Online Slots · Real Vegas Slots.lv 김해 출장샵 · Online 대전광역 출장안마 Slots.lv 계룡 출장마사지 · Slot Machine Games.LV · 구미 출장마사지 Slot Machine Games.
Post a Comment